Friday, March 4, 2011

mirwana - andaiku pergi (official videoclip)





Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




cinta ni ada kuasa...
berusaha la utk mengawalnya...~

Friendship Never End..

kdg2 hidup kita ni selain dr family yg dgr mslh kita...
yg bersma2 kita kalau susah senang...
sakit sihat...happy sdeyh...
diorang akn ada dgn kita time tu...
kalau x family...MEREKA...




persahabatan yg tidak akn ada akhirnya...
mulanya pengenalan waktu tingkatan 1 di Almashoor Islamic Girls School...
yg slalu share tmpt duduk time makan kt kantin...
sorg kna tolong jaga time rehat...
what a memoir...ye la..
form1 kn waktu tu...kcik lg babe..
huhuhu....so..cpt nya masa brlalu...
cptnya kita knal...
sntiasa brsma..
forever with love...
u girls will never be replaced in my heart...
all of u are such a gud gurl...
oh no! should i cry or what?



Uswa!! apa yg Joe ckp dkt Demi?? "being a jerk...lalala"...
"Yosha!" Fern!! always in my mind deyh...
Haseenah! still with Zac Efron or now u've changed to Aamir Khan?kih3...
Sham! with all da fashions and always with make up...muahahaha...Fardeen Khan..
Muna! "x semestinya lagu melayu tu x best...kna la support malaysia jgak" wow..political advice...dats it..being a jerk is always with us..
btol x?kluar mana2...my gosh! ada2 je yg x btol kita bwat...

Shamirah...Happy Belated Birthday...
semoga panjang umur and murah rezeki...
dun get mad at me anymore...
I love You so much!
(20 Feb 1993)




Farhana Huda...Happy Belated Birthday also...
panjang umur di semogakn and rezeki selalu dimurahn...
thank you for all of ur advises..
u r such my 2nd mummy...
I love You so much...
(23 Feb 1993)



so...birthday gurls ya...Haseenah said..
dy pnya birthday kita 'jgn' bwat mcm ni kt dy...
hahaha...lmbt lg haseenah...


this is our journey...
celebrating two of our besties birthday...
25th Feb 2011,1st avenue...





ksian muna x dpt joined kita mkn pizza plus kek..








xpa...muna,happy always in plkn...Selama,Perak...
so...always remember dis sweet moment together with them...
sapa lg kalau bkn FRIENDS selain FAMILY....~




nie zman kita muda2 dlu...raya time form2 kt almshoor...huhuhu~


p/s : uswa kalau baca aku rsa ang akn nanges...so...simpan air mata jernih mu itu...~

Wednesday, February 23, 2011

~saya dan awak~

muahaha...smbungan2 neyh...trtunggu2 ke?kih3...
i know sapa yg dok trtunggu2 neyh...
kalau dok bca terasa..ambik la...kn suka mkn cili..hak3..
utk awak la ni..
hurm....nk cita psl apa ea...
ish...bnyk sngt la...adei..
ok...kebahagiaan bkn trletak di tgn bapa..
kebahagiaan trletak di tgn Tuhan...
tu kata2 p.ramlee...btol2 tu btol...
tp kalau bkn usaha ibubapa kita utk bhgiakn kita...
kita x dpt jgak kn...
aku x pndg duit ringgit utk memilih psgn aku...
skrg di hati aku hnya ada seorg...awak...
dy sja di hati ni...
x pnah jmpa...lpas abes skolah...
first time jmpa dkt DM tu je...
hahaha...tu pown malu2...its ok..brsyukur dpt jumpa...
1.2.2011 genap la setahun km bersma...
wow..setahun tu...lma kn....
harap2 berkekalan...
sbb awak dh brjya gnti Farid dlm hdup sy...
awak lain dr yg lain...
romantik...baik hati...pndai nk ambik hati sy...yg pstinya..
character awak dkt skolah mmg lain dgn sy...
tu yg sy suka...sifat pemalu awak tu...
ish2...kalau la dpt matrik or u yg sma...
agaknya mmg kita still sma mcm kt skolah..
ye la..awak ni pemalu dgn prmpuan...
hahaha...lega kn...lega awak ni pemalu dgn prmpuan...
kalau x...abes la sy...susah hati je...
hahaha....
aku trtarik dgn satu artikel 'perigi timba sma mencari' dlm iluvislam.com....

ni slh satu perenggan yg aku ambik...

Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa core bisnes kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.


Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!


"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)."

(Surah An-Nur:26)





Biar memilih asal jangan salah pilih...

so..drpd sini kita kna ambil iktibar...
meskipun sy dan awak sma2 pnya perasaan yg sma..
tp batas2 pergaulan msih dijga...
xdaknya maen serbu ja..adei...ada ke?hahaha...
biar x brjumpa drpd brjumpa...
biar Allah yg tntukn smuanya...
ok...ni pown yg aku tertarik...
bwat sementara waktu ni...
biar perasaan kita sling brhubung...
tp kita x ketandusan cinta bkn...
cinta kepada Allah...
cinta kepada Rasulullah...
cinta kepada ibubapa kita...
cinta kepada keluarga kita...
cinta kepada rakan2 kita...

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.




Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

kita sabar menanti satu tarikh...
namun dlm penantian itu...
apa kata kita kukuhkn lg hati kita ni awak...
skrg sy happy dgn awak..
happy sngt...tp kita xleyh lupa jgak kt kekasih kita brdua kn...
apa yg kita ada skrg...kita kekalkn k...
awak msj sy...awak cl sy...hahaha....
apa yg awak slalu bwat kt sy...hik3...
smpai sini sja...
sekian harap maklum...:-)

Monday, February 21, 2011

Cerita Mengayat Hati....~

hye...hari ni aku rjin sikit nk menulis...
btw...sepnjg percutian aku di rumah ni...
bnyk bnda aku dh bwat...
tlg mak aku bwat2 keja rumah...
msj2 dgn awak...
buang masa..
tgk tv...dh blh hafal setiap cita dh...
hahaha...and lastly...
aku bca novel...ni yg aku nk cita...
Hariz dan Izzah...
msti smua org taw kn...
especially yg kaki novel la kn...
mana la x taw..mmg famous pown dpa tu...
kisah dy yg sdeyh tu...
haih...
tp aku suka Hariz...
seorg lelaki yg romantik sangat..
ada ke laki dlm dunia reality ni?
bg aku...ada seorg je...:-)

ok.kisah yg prtma.novel yg brtajuk ombak rindu...
Izzah seorg yatim piatu sejak tingkatan 1.Takdak sapa nk jga dy tp pakcik taha je
yg ambik dy.Ni smua sbb nk balas dendam dkt ayah Izzah yg dpt harta yg septtnya milik pakcik taha ni.Selama dy tinggal dgn pakcik taha,hidup dy x pnah senang.Dy dilyn mcm hamba.Isteri pakcik taha,makcik hajar trgugat dgn kehadiran Izzah yg bwat suaminya asyik pndg Izzah dr atas ke bwh.Dan mmg Izzah pnah cuba dirogol pakcik taha,tp dgn bantuan Mail,anak penghulu kmpung,Izzah selamat.Tapi Izzah rasa brslh dr kejdian tu sbb trpksa menuduh Mail yg nk merogol dy.Atas arahan pakcik taha.Jahat sungguh pakcik Taha.Sampai la dy umur 18tahun,dy dijual oleh pakcik taha di sbuah kelab malam.Di situ,dy menjd pelayan.Dy xmau smua ni jd,tp apakan dayanya.Asal dy nk lari,dy akn kna belasah teruk.Di situ jugak dy jmpa dgn Hariz.Hariz sering mengajak Izzah utk melyn nafsu serakahnya,tp Izzah selalu menolak.Izzah xnak kesuciannya diragut walaupown dy dipaksa utk bkrja di situ.Akhirnya,Hariz guna taktik kotor dgn menyuruh kevin,tuan pnya kelab malam utk melalikn Izzah dgn arak.Bgn pg ja,Izzah lihat di bdnnya xdak seurat benang pown.Izzah merayu2 Hariz supaya ambik dy sbg isteri tp dy xkn minx hak dy sbg seorg isteri.Hariz membli Izzah dr kevin dgn harga RM7k.Hariz dan Izzah brkahwin dgn bbrp syarat.Mereka x sprti suami isteri yg laen.Izzah trpksa akur.Hariz hnya akn pulang utk mkn dan utk memenuhi nafsunya.Pak Dollah iaitu pemandu Hariz yg hnya tahu psl Izzah syak yg bkn2.Dy fkir Izzah tu adalah perempuan simpanan Hariz.Dy trpksa melyn Izzah dgn buruk kerana dy x suka Hariz trjebak dgn maksiat.Namun apakan dayanya,dy hnya pemandu dan disuruh Hariz utk melwt Izzah dan membli brg2 dpur utk Izzah.Pak Dollah trpksa akur.Hariz semakin hari semakin mencintai Izzah.Dy xmahu Izzah diapa2 kn.Ibu Hariz,Datuk Sufiah akhirnya dpt taw.Dy sakit hati dan cuba nk jarakkn Hariz dan Izzah.Langkah pertama dgn mengahwinkan Hariz dgn Mila Amylia,anak Tan Sri Rashdan.Hariz trpksa akur kerana Datuk Sufiah mengugutnya utk mengancam Izzah.Sepnjg perkahwinannya dgn Mila,Hariz lngsung x pnah sentuh Mila.Malam pertama antara mereka tidak ada.Hariz hnya setia pd Izzah.Izzah bangga dgn cinta yg ditunjukkn oleh Hariz.Tp bnyk kelukaan drpd kebahagiaan yg dikecapinya.Langkah prtama Datuk Sufiah x menjd.Akhirnya Datuk Sufiah guna2 kn Hariz.Tp Hariz sdar sndiri dgn meminta bntuan Pak Dollah kerana dy rsa ada sesuatu x kna dgn dirinya yg asyik nk marah2 dgn Izzah.Akhirnya mmg btol Hariz diguna2kn.Tp Izzah melarikn diri dr Hariz kerana terasa hati dgn prbuatan Hariz yg mengada2 dgn Mila.Hariz yg hilang punca berusaha utk memujuk Izzah.Mila dpt taw Hariz mempunyai perempuan lain merajuk dan ingin ke luar negara.Atas desakan Datuk Sufiah,Hariz pergi ke rumah Mila dan berusaha memujuknya.Namun,Mila berdegil.Hariz mendpt pnggilan telefon drpd org suruhan Hariz yg mengatakan Izzah sudah pulang ke rumah setelah bbrpa hari Hariz mencri Izzah yg hilang.Hariz yg gembira dan x sbr nk jumpa Izzah,membeli sejambak bunga yg brwarna pink.Namun,hasrat Hariz tidak kesampaian kerana dy trlibat dgn kemalangan.Sepanjang percutiannya akibat kemlngn,sesiapa pown x dibenarkan utk melwt Hariz.Izzah pulak dihalau oleh Datuk Sufiah dr apartment,kediaman dy beradu kasih dgn Hariz.Hariz bila sudah pulih,Datuk Sufiah fitnah Izzah dgn mengatakan Izzah ada hbungan sulit.Hariz pergi brjumpa dgn Izzah dan menggantungnya x bertali.Izzah keguguran kerana mengejar kereta Hariz.Akhirnya Hariz disedarkan oleh Pak Dollah di mana Pak Dollah tlg membongkar rahsia selama ini bhw dy adlh ayah kndung Hariz.Datuk Sufiah meninggal kerana serangan jantung.Mila diceraikan oleh Hariz.Dan Izzah n Hariz happily ever after.....

tu la kesudahannya....aku tringin nk lelaki mcm Hariz...tp aku xnak nsib aku mcm Izzah...agaknya aku mmg dh ada 'Hariz' dlm hdup aku....my king yg slalu di hati...hehehe...aku sayang dy...adei...nk kna tunggu 1.9.19....tarikh apa xtaw la...muahahaha.....~

p/s:kesinambungan Hariz dan Izzah ni dlm novel cinta tiada akhirnya dan rindu cintaku...~

Wednesday, February 2, 2011

ada apa dengan make up neyh....~

mak aih....dh lama gila x update blog neyh...
hye guys...btw gurls included...
wanna know sumthing...
ada org pnah brtnya...
"knapa x make up?u lookes natural but if u added with da make up..u'll look more beautiful.."
is it??btol ke..?
my mum plak...
"kakyong dh bsaq...should act mcm org dh bsaq...bkn bdk kcik lg...
look...set alat make up avon dh penuh dlm beg make up...wow!
hahahaha....
skrg aku dh kna brgaya skit...
jgn selekeh ja...
bnyk org pandang...
malunya kalau selekeh...ouch!
btol kn akn malu...
tgk ni muka org yg make up...
cntik2....





aku admire gila dgn heliza ni...
cntik sngt...
haih...
nk make up mcm tu??
alamatnya abah aku pengsan mcm ni...
tgk anak dy lawa sangat..
pening nk bkak pintu rumah ada ja org mai meminang...
hak3....melalut ja...
ok la...
setakat ni ja...
koleksi2 make up aku..
aku just ada lipstick...


* ni lipstick avon kaler pink...aku suka pink..so pink ja pilihan aku..muahaha

aku ada compact powder...


* ni compact powder sendayu tinggi...aku slalu guna yg cerah tu...huhu

aku ada eyeliner and lip liner...





*so..ni lip liner and eyeliner avon yg aku guna...hik3...

ok..dh abes..tu ja..bye2...septtnya hiasilah diri anda sbg seorg wanita..
kcntikn x dtg hanya dgn sekdr make up...
wudhuk..
salah satu jgak..
mcm anita sarawak ckp...
kononnya muka dy tegang mcm tu bkn sbb botox..
but...wudhuk!
bohong ja..

p/s: hiasi muka kita dgn make up and jaga personaliti ni bkn utk lelaki pikat kita..tp utk nmpk kn yg kita ni berkeyakinan sbg seorg remaja dan berkeyakinan utk menghadapi masyarakat di luar...x la org pndg rendah kt kita sbb kita ni SELEKEH kn...~